Tuesday 22 July 2014

KELEBIHAN KACANG WALNUT


Ramai diantara kita yang gemar memakan kacang. Oleh itu jadikan kacang walnut sebagai pilihan kita. Pakar dari University of Scranton Chemistry, Pennsylvania, telah menganalisa kadar antioksidan dari sembilan jenis kacang. Mereka mendapati bahawa segenggam walnut memiliki dua kali ganda antioksidan berbanding kacang -kacang yang lain. Nilai gizi yang terdapat pada kacang walnut terbukti melebihi kacang-kacang yang lain seperti peanut, almon, pecan, dan pistachio.

Kacang walnut juga memperlihatkan kualiti dan potensinya yang lebih baik. Untuk mendapatkan khasiat walnut sepenuhnya, kacang walnut hendaklah dimakan secara mentah. "Haba dari kacang panggang umumnya akan mengurangkan kualiti antioksidannya. Selalunya orang akan makan kacang walnut secara mentah, atau tidak dipanggang, dan mereka akan mendapatkan antioksidannya dengan lebih efektif," kata Dr Joe Vinson, PhD, ketua kajian ini.

Menurut Dr Vinson, kacang mengandungi lemak tak tepu ganda dan lemak tepu tunggal yang lebih sihat daripada lemak tepu yang berpotensi menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Dari segi kalori, kacang juga tidak akan menyebabkan penambahan berat badan. Malahan, kita dapat ,merasa kenyang tanpa perlu makan secara berlebihan.

Dr Vinson juga menjelaskan manfaat walnut yang lain, seperti yang dilampirkan oleh Health Me Up (18/10) seperti berikut 

1. Menjaga jantung
Selain kaya dengan antioksidan, walnut juga dikatakan mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Mengambil segenggam walnut boleh membuat anda terhindar daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koronari..

2. Mengurangi peradangan
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit peradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.

3. Meningkatkan kekebalan tubuh 
Antioksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanser, dan penyakit saraf.

4. Membuat kulit bercahaya
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengekalkan kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang pada akhirnya membantu kulit bercahaya, dan mengeluarkan racun dari sel kulit. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Biasanya walnut juga digunakan untuk terapi urut, aroma terapi, dan produk kosmetik.

5. Kehamilan
Wanita hamil sangat disarankan mengambil walnut. kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.

6. Kaya mineral
Walnut mengandung banyak mineral seperti mangan, potassium, seng , kalsium, besi, magnesium, dan tembaga. mineral ini memiliki banyak kegunaan untuk perkembangan sperma lelaki.

7. Melawan sembelit 
Walnut juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Mengambil walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lain akan menjauhkan anda dari sembelit selamanya.

8. Rambut cantik
Ingin rambut yang cantik? Walnut jawapannya. Walnut disebut sebagai 'makanan rambut' yang kaya akan Biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut gugur atau patah.

9. Berat badan 
Sedang berdiet? Anda mungkin boleh menambah walnut dalam makanan diet anda. Kacang ini mempunyai kolesterol rendah. Namun harus diingat bahawa walnut juga tinggi kalori yang tak boleh dimakan terus-menerus. Pastikan hanya menambah kira-kira 1.5 auns pada menu diet anda.

Walaupun begitu, sebaiknya anda menghadkan hidangan kacang walnut ini saat hamil. Untuk mendapatkan manfaat sihatnya, sebaiknya kacang walnut diambil sebanyak tujuh biji sehari sahaja.

Demikian Manfaat Kacang Walnut semoga bermanfaat untuk kita semua.www.medindia.net/patients/.../health-benefits-of-walnuts.htm